Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa akan terjadi pada hari esok.
Memaafkan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah
melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memaafkan kita akan dapat
mengubati hati yang telah terluka.
maaf diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang
segala parut luka emosi Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan
keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan kita
sayangi beroleh bahagia Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kata Kata Mutiara MENGGUGAH HATI
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat
melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu. Orang bijaksana tidak
sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari
jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yg dideritainya.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu
menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan haTi orang lain
pula.
Jembatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan
menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara
ibu dan ayah
Pemimpin berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan
orang lebih bawah daripadanya.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.
Sesuatu kebaikan, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu
baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang
berharga/berguna, belum tentu bagus.
Kawan sejati ialah orang yg mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya ia itu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan
keluar. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana
engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan
adab -Nabi SAW
Kata Kata BIJAK
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras
dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna
kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yg dapat membuatmu tersenyum, kerna
hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kemarin, maka tertipulah dia,
dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah
dia. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang
abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah
waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa Memang amat
tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang
yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana
amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri
-Said Mustafa
Kata Kata PENGUBAH Pandangan Hidup
yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata
yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan
pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta
dapat menyembuhkan dan memberkati.
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab
adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau setitik
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati… Orang yang berkhianat selalu
terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada
orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya
-Emerson
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga Nilai
manusia adalah semahal nilai matlamatnya. – Marcus Aurelius
Kepada kawan – Kesetiaan Kepada musuh – Kemaafan Kepada ketua –
Khidmat Kepada yang muda – Contoh terbaik Kepada yang tua – Hargai budi
mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan Kepada
manusia – Kebebasan Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan,
kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang
menganiaya orang bawahannya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan
diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincol
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia
tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya
– Confucius
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Kata Kata Mutiara Cinta,
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan
tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani
seperti singa -Goethe
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan
membawa berita tentang dirimu kepada orang lain. Jangan memberi makanan
kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama. Setiap bunga mawar pasti ada durinya. Dari kesusahan
itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri
kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan
bunga ros berduri kerana harum baunya Orang-orang yang paling berbahagia
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan
yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Link aktif dalam komentar akan terhapus secara otomatis. Untuk menyisipkan kode, gunakan tag <i rel="code">...KODE ANDA DI SINI...</i> Untuk menyisipkan script, gunakan <i rel="pre">...KODE SCRIPT ANDA...</i> Untuk menyisipkan gambar, gunakan tag <i rel="image">...URL GAMBAR ANDA ...</i> Untuk menyisipkan judul, gunakan tag <b rel="h3">...JUDUL ANDA...</b> Untuk menyisipkan catatan, gunakan tag <b rel="quote">...CATATAN ANDA...</b> Untuk menciptakan efek tebal gunakan tag <b>...TEKS ANDA...</b> Untuk menciptakan efek huruf miring gunakan tag <i>...TEKS ANDA...</i>
Link aktif dalam komentar akan terhapus secara otomatis.
Untuk menyisipkan kode, gunakan tag <i rel="code">...KODE ANDA DI SINI...</i>
Untuk menyisipkan script, gunakan <i rel="pre">...KODE SCRIPT ANDA...</i>
Untuk menyisipkan gambar, gunakan tag <i rel="image">...URL GAMBAR ANDA ...</i>
Untuk menyisipkan judul, gunakan tag <b rel="h3">...JUDUL ANDA...</b>
Untuk menyisipkan catatan, gunakan tag <b rel="quote">...CATATAN ANDA...</b>
Untuk menciptakan efek tebal gunakan tag <b>...TEKS ANDA...</b>
Untuk menciptakan efek huruf miring gunakan tag <i>...TEKS ANDA...</i>